small-logo-tm.png

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI ini berfungsi sebagai sebahagian daripada terma dan syarat dalam semua hubungan kontrak semasa berurusan dengan Abezt Holdings Berhad dan anak -anak syarikatnya (selepas ini dirujuk sebagai “Abezt”) di mana memerlukan anda memberikan data peribadi anda untuk terus menjalin hubungan kontrak dengan satu atau lebih anak syarikat, atau untuk tujuan mengemas kini maklumat, seperti yang diperlukan untuk meneruskan hubungan kontrak anda dan/atau diperolehi dari Penyedia perkhidmatan pihak ketiga termasuk laporan kredit dan agensi lain -lain sedemikian, untuk membolehkan ABEZT menilai (atau terus menilai) hubungan kontrak yang anda inginkan atau yang sebenarnya dengan satu atau lebih anak syarikat.

 

ABEZT komited sepenuhnya untuk melindungi hak dan privasi individu, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (“PDPA”). Tentang NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI ini, “Data Peribadi” ialah sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh ABEZT.

 

ABEZT, sebagai pengguna data yang memproses Data Peribadi anda, mematuhi 7 prinsip Perlindungan Data PDPA, seperti yang dirumuskan secara ringkas di bawah.

 

  1. Prinsip Umum – “ Memproses” bermaksud mengumpul, merakam, memegang atau menyimpan data peribadi anda atau menjalankan sebarang operasi atau set operasi pada Data Peribadi anda. Melalui melayar laman sesawan atau berinteraksi dengan kami atau dengan memberikan Data Peribadi anda kepada ABEZT, anda dianggap telah bersetuju memberi kebenaran kepada ABEZT untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan sah seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini.
  2. Prinsip Notis dan Pilihan – Data Peribadi yang diberikan kepada ABEZT akan diproses dan digunakan termasuklah tetapi tidak terhad untuk tujuan berikut:
    1. Sebagai simpanan rekod dalaman.
    2. Untuk menyediakan anda dan ABEZT untuk membuat perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan.
    3. Untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada anda.
    4. Untuk memperbaiki barangan dan perkhidmatan.
    5. Membolehkan anda membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada ABEZT.
    6. Untuk menilai sebut harga dan/atau permohonan kerja anda.
    7. Untuk menguruskan penyertaan anda dalam mana-mana peraduan/program yang dianjurkan oleh ABEZT.
    8. Menjalankan aktiviti dalaman.
    9. Untuk menghantar butiran promosi dan tawaran yang disemak semula kepada anda berdasarkan syarat- syarat kontrak anda.
    10. Untuk memahami keperluaan anda sebagai pelanggan kami dan penyedia perkhidmatan dan/ atau pembekal.
    11. Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan.
    12. Untuk analisis statistik.
    13. Sebagai laporan dalaman dan luaran di badan berkanun yang berkaitan.
    14. Untuk memprofilkan pilihan anda.
    15. Untuk mematuhi prosedur piawaian ABEZT tentang polisi kualiti, keselamatan dan kesihatan.
    16. Untuk aktiviti- aktiviti kewangan dan pemasaran.
    17. Untuk tadbir urus korporat.
    18. Untuk mengutip bayaran yang tertunggak daripada pelanggan.
    19. Untuk mencegah jenayah dan/atau aktiviti- aktiviti haram.
    20. Untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia kepada perkhidmatan dan produk kami dan dipakai untuk membuat pendedahan sebagai pematuhan kepada keperluan undang-undang dan kawal selia mana-mana undang-undang tempatan dan antarabangsa, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod tingkah laku kepada kami atau mana-mana ahli kumpulan syarikat ABEZT.
  3. Prinsip Pendedahan – ABEZT boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada syarikat lain dalam kumpulan, pembekal perkhidmatan, peniaga dan rakan kongsi strategik ABEZT, pembekal termasuk agensi kutipan hutang, penasihat profesional, persatuan berkaitan industri, agensi rujukan kredit dan agensi pencegahan penipuan, agensi kerajaan ATAU mana-mana ejen masing-masing, pekerja dan/atau orang tersebut, sama ada berada di dalam atau di luar Malaysia untuk tujuan yang dinyatakan dalam Perkara 2 di atas. Data Peribadi anda juga mungkin didedahkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan hasil daripada sebarang penstrukturan semula, penjualan atau pemerolehan mana-mana syarikat dalam kumpulan ABEZT.
  4. Prinsip Keselamatan – ABEZT perlu mengambil langkah praktikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau kemusnahan. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan , disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain Malaysia, kepada syarikat di bawah ABEZT yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana server ABEZT berada di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia seperti yang diterangkan di sini.
  5. Prinsip Pengekalan – ABEZT memberi jaminan kepada anda bahawa ABEZT hanya akan mengekalkan Data Peribadi anda seperti yang diperlukan dan itu hanya untuk tempoh yang diperlukan oleh keperluan dalaman ABEZT dan/atau undang-undang yang berkaitan.
  6. Prinsip Integriti Data – ABEZT hendaklah mengambil langkah- langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini dengan mengambil kira tujuan tersebut, termasuk sebarang tujuan yang berkaitan secara langsung, yang mana Data Peribadi dikumpul dan diproses selanjutnya.
  7. Prinsip Akses – Sekiranya anda dimaklumkan tentang sebarang ketidaktepatan, ketidaklengkapan, Data Peribadi yang mengelirukan atau apabila Data Peribadi yang diberikan sebelum ini telah lapuk atau anda ingin menarik balik kebenaran anda, sila maklumkan dan serahkan permintaan anda secara bertulis ke alamat berikut:
Abezt Solutions Sdn. Bhd.
Unit 13A-08, Menara 1 MK, Kompleks 1 Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Tel: +603 6420 9080      Email: info@abezt.com      Web: www.abezt.com

ABEZT berhak mengenakan bayaran pemprosesan data atas permintaan anda.

 

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, ABEZT mempunyai hak untuk tidak memenuhi permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan memberikan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada anda atau privasi orang lain.

 

Notis mengenai Data Peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Cina, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan. ABEZT berhak mengubah suai, mengemas kini atau memindah terma Notis ini pada bila-bila masa dengan menandakan kemas kini.

 

Notis di Laman Sesawang. Dengan terus berkomunikasi dengan ABEZT atau terus menggunakan perkhidmatan ABEZT, anda menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.

Zacc Tang

Ketua Pegawai Eksekutif

En Tang telah lama menceburkan diri dalam pasaran produk penjagaan kesihatan, mempunyai pengalaman dalam membangunkan pasaran antarabangsa dan menyelesaikan masalah perniagaan yang kompleks telah memupuk kepekaan terhadap dunia perniagaan dan menyemarakkan semangat beliau dalam industri produk penjagaan kesihatan.

 

Beliau memimpin dan mengurus keseluruhan strategi, operasi dan hala tuju syarikat untuk memastikan ABEZT™ kekal mempunyai daya saing di dalam pasaran, terus berinovasi dan berkembang.

 

Beliau dan pengasas- pengasas lain bertanggungjawab terhadap pencapaian syarikat, mempromosikan strategi korporat yang berorientasikan matlamat dan berpandukan prestasi untuk melengkapkan setiap titik pencapaian ABEZT™, mencapai pertumbuhan yang menguntungkan, dan berkongsi hasil kejayaan dengan pelabur dan rakan kongsi.

 

Melalui pemerhatian beliau terhadap ketidaksamarataan di kalangan wakil jualan dan syarikat dalam industri ini lebih mirip dengan buruh yang dieksploitasi. Maka beliau bertekad untuk menghapuskan keadaan yang tidak sihat ini dengan mengagihkan keuntungan syarikan secara adil dan memperbaiki hubungan wakil jualan dan pekerja dari akar umbi.

曾得综

执行总监

他长期沉浸在保健品市场,有着开发国际市场以及解决复杂商业问题的经验,也培养了高超的商业敏锐度,也激发了对保健品行业的使命感。

他领导并管理公司的总体战略、运营和方向,确保我们在市场上保持竞争优势,不断创新和发展。

他与其他创始人将共同对公司的绩效负责,推动“使命导向、绩效驱动”的企业战略,将ABEZT™完成一个又一个的里程碑,实现盈利增长并与投资者及分销伙伴共享财富。

他在业界内常常看到分销商与企业并非平等的合作伙伴,而更像是被剥削的劳工。他立志打破这种陋习,将公司的劳动果实均匀分配,从根本上改善分销商与员工的处境。

Zacc Tang

Chief Executive Officer

Mr Tang has been immersed in the healthcare product market for a long time, has experience in developing international markets and solving complex business problems, cultivating a superb business acumen with an inspired sense of commitment for the healthcare product industry.

 

He leads and manages the company’s overall strategy, operations, and direction, ensuring ABEZT™ maintains a competitive advantage in the market, towards continued innovation and growth.

 

Together with the other founders, he will be responsible for the company’s performance, promoting a goal-oriented and performance-driven corporate strategy to complete ABEZT™ milestones, achieve profitable growth, and share the fruits of success with investors and distribution partners.

 

His observation of the inequality amongst distributors and enterprises in the industry is more akin to exploited labor, and therefore determined to break this cycle, distribute the company’s fruits of labor fairly, and fundamentally improve the relationship of distributors and employees.