small-logo-tm.png

Polisi Pembatalan Pesanan, Bayaran Balik dan Pemulangan

Pembatalan Pesanan:

  1. Pengguna boleh membatalkan pesanan mereka dalam masa 24 jam selepas membuat pesanan. Permintaan pembatalan selepas tempoh masa ini tidak akan dibenarkan.
  2. Untuk membuat pembatalan pesanan, pelanggan dikehendaki menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami melalui email dan bersama dengan maklumat terperinci pesanan.
  3. Bayaran balik untuk pembatalan pesanan akan diproses dalam masa 10 hari kerja dan dibayar dengan cara pembayaran sebelum ini.

Polisi Bayaran Balik:

  1. Permintaan bayaran balik mesti dibuat dalam masa 7 hari bermula dari tarikh penghantaran.
  2. Pelanggan yang memerlukan bayaran balik patut menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami dan memberikan maklumat seperti nombor pesanan dan sebab meminta bayaran balik.
  3. Bayaran balik akan dikeluarkan selepas potongan mana -mana yuran atau caj pemprosesan yang berkenaan.
  4. Bayaran balik akan dibayar dengan cara pembayaran sebelum ini dan tempoh masa yang diperlukan bergantung pembekal perkhidmatan kewangan yang berbeza.

Polisi Pemulangan:

  1. Pemulangan hanya dibenarkan untuk produk yang rosak, mempunyai kecacatan atau produk yang tidak sepadan dengan yang dipesan.
  2. Pelanggan mesti menjalankan proses pemulangan dalam tempoh masa 7 hari selepas menerima produk.
  3. Dalam menjalankan proses pemulangan, pelanggan patut menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami dan memberikan maklumat tentang produk tersebut dan sebab pemulangan.
  4. Pelanggan mungkin diminta memberikan gambar foro sebagai bukti untuk produk yang rosak atau mempunyai kecacatan.
  5. Selepas pengesahan, pelanggan akan diberitahu cara pemulangan produk, termasuklah sebarang label pemulangan atau cara penghantaran.
  6. Produk yang dipulangkan mesti dalam keadaan bentuk pembungkusan asalnya, termasuklah semua aksesori dan label.
  7. Sejurus selepas menerima produk yang dipulangkan, proses bayaran balik atau penggantian akan dijalankan. Ini bergantung kepada kehendak pelanggan dan ketersediaan produk.

Pengecualian:

  1. Pemulangan tidak akan dibenarkan untuk produk yang telah dibuka, diguna pakai atau dimakan.
  2. Jika bungkusan produk telah dibuka/ dikoyak semasa penghantaran, pelanggan patut menolak penerimaan bungkusan tersebut dan menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami dengan segera.

Notis:

  1. Pelanggan perlu menanggung kos penghantaran balik untuk pemulangan produk, kecuali pemulangan tersebut adalah berkaitan dengan kecacatan produk atau kesalahan yang disebabkan oleh pihak kami.
  2. Kami berhak mengemas kini atau mengubah polisi ini pada bila -bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  3. Selepas membuat pesanan dengan kami, pelanggan berjanji dan bersetuju mematuhi Polisi Pembatalan Pesanan, Bayaran Balik dan Pemulangan. Kami menggalakkan pelanggan membaca polisi ini sebelum membuat pesanan

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami di info@abezt.com

Zacc Tang

Ketua Pegawai Eksekutif

En Tang telah lama menceburkan diri dalam pasaran produk penjagaan kesihatan, mempunyai pengalaman dalam membangunkan pasaran antarabangsa dan menyelesaikan masalah perniagaan yang kompleks telah memupuk kepekaan terhadap dunia perniagaan dan menyemarakkan semangat beliau dalam industri produk penjagaan kesihatan.

 

Beliau memimpin dan mengurus keseluruhan strategi, operasi dan hala tuju syarikat untuk memastikan ABEZT™ kekal mempunyai daya saing di dalam pasaran, terus berinovasi dan berkembang.

 

Beliau dan pengasas- pengasas lain bertanggungjawab terhadap pencapaian syarikat, mempromosikan strategi korporat yang berorientasikan matlamat dan berpandukan prestasi untuk melengkapkan setiap titik pencapaian ABEZT™, mencapai pertumbuhan yang menguntungkan, dan berkongsi hasil kejayaan dengan pelabur dan rakan kongsi.

 

Melalui pemerhatian beliau terhadap ketidaksamarataan di kalangan wakil jualan dan syarikat dalam industri ini lebih mirip dengan buruh yang dieksploitasi. Maka beliau bertekad untuk menghapuskan keadaan yang tidak sihat ini dengan mengagihkan keuntungan syarikan secara adil dan memperbaiki hubungan wakil jualan dan pekerja dari akar umbi.

曾得综

执行总监

他长期沉浸在保健品市场,有着开发国际市场以及解决复杂商业问题的经验,也培养了高超的商业敏锐度,也激发了对保健品行业的使命感。

他领导并管理公司的总体战略、运营和方向,确保我们在市场上保持竞争优势,不断创新和发展。

他与其他创始人将共同对公司的绩效负责,推动“使命导向、绩效驱动”的企业战略,将ABEZT™完成一个又一个的里程碑,实现盈利增长并与投资者及分销伙伴共享财富。

他在业界内常常看到分销商与企业并非平等的合作伙伴,而更像是被剥削的劳工。他立志打破这种陋习,将公司的劳动果实均匀分配,从根本上改善分销商与员工的处境。

Zacc Tang

Chief Executive Officer

Mr Tang has been immersed in the healthcare product market for a long time, has experience in developing international markets and solving complex business problems, cultivating a superb business acumen with an inspired sense of commitment for the healthcare product industry.

 

He leads and manages the company’s overall strategy, operations, and direction, ensuring ABEZT™ maintains a competitive advantage in the market, towards continued innovation and growth.

 

Together with the other founders, he will be responsible for the company’s performance, promoting a goal-oriented and performance-driven corporate strategy to complete ABEZT™ milestones, achieve profitable growth, and share the fruits of success with investors and distribution partners.

 

His observation of the inequality amongst distributors and enterprises in the industry is more akin to exploited labor, and therefore determined to break this cycle, distribute the company’s fruits of labor fairly, and fundamentally improve the relationship of distributors and employees.